Home » » PTPTN Wajib Dimansuhkan? (Self-Opinion)

PTPTN Wajib Dimansuhkan? (Self-Opinion)

PTPTN atau Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

PTPTN ialah bentuk pinjaman(pada awalnya) dan sama maksud "berhutang" perlu dibayar balik. Sedikit info mengenai PTPTN:

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur.

FUNGSI PTPTN :

  • Menguruskan pembiayaan untuk tujuan  pendidikan  tinggi dan seterusnya memungut bayaran balik  pinjaman.
  • Menyediakan skim simpanan  dan mengurus deposit untuk tujuan  pendidikan  tinggi; dan
  • Melaksanakan  apa-apa fungsi lain yang  diberikan  kepada   PTPTN  oleh  mana-mana  undang-undang bertulis.
Sumber: http://www.ptptn.gov.my/web/guest/korporat
Diakses pada: (30.4.2012)

Kepada sesiapa yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat pendidikan tinggi misalnya lepasan SPM dan ingin melanjutkan pengajian ke peringkat diploma atau ijazah dan selainnya..PTPTN ini TIDAK WAJIB sama sekali dan tiada sebarang syarat yang dimestikan kepada setiap individu sebagai keperluan(requirement) untuk melanjutkan pengajian.

PTPTN juga adalah salah satu pinjaman pembiayaan sementara yang menikut undang-undang bertulis. Bukan dari bisnes individu yang tidak ber-authority.Tidak ada sebarang paksaan dikenakan terhadap individu untuk memohon skim ini. Setiap individu boleh memilih untuk memohon dan menerima atau menolak terus.

Namun PTPTN ini sama seperti skim pinjaman lain yang mengenakan "caj" atau "faedah" untuk bayaran balik. Ini jelas dipernyatakan didalam borang permohonan dan TnC mahupun agreement ditetapkan. Mengambil borang tidak diwajibkan/dipaksa menerima PTPTN.Masih mampu menolak/membantah. Bila anda sedar ini adalah "perangkap" terhadap pinjaman ini, anda tidak boleh salahkan sesiapa melainkan diri sendiri kerana mungkin anda TIDAK JELAS dengan persetujuan yang ditetapkan.

Biasanya PTPTN meluluskan pinjaman sebanya RM15,000 kepada pelajar peringkat diploma. Dan lazimnya diploma ini mengambil tempoh selama tiga(3) tahun pengajian. Bermakna ia sama dengan kemampuan untuk memiliki kereta Proton Wira second-hand atau lain-lain kegunaan sendiri.Ianya terpulang. Tetapi secara am nya yuran pengajian setiap semester dibayar terus oleh PTPTN secara automatik. Pelajar tidak perlu membayar yuran pengajian dan tiada masalah extend/cuti khas(CK) untuk melunaskan yuran pengajian.Selebihnya pada semester itu, pinjaman PTPTN yang asalnya RM2500-RM500(yuran) dimasukkan kedalam akaun bank pelajar.Biasanya Akaun Bank Islam.

Seterusnya PTPTN dengan kata lain memberi pinjaman "belanja" sebanyak RM2000 setiap seorang peminjam skim PTPTN. Ini adalah untuk kegunaan perbelanjaan pengajian atau lain-lain. Termasuklah handset baru,rim kereta,bayar muka motor,sewa rumah dan sebagainya. Pada peringkat ini TIDAK ADA syarat ditetapkan oleh PTPTN supaya menghabiskan "dana" tersebut dan bergantung sepenuhnya kepada pelajar untuk menguruskan sendiri perbelanjaan. Ini tidak termasuk masalah kendiri seperti abang atau kakak ingin meminjam mahupun memberi kawan pinjam.

PTPTN perlu dimansuhkan kerana? Aku sendiri tiada sebab jelas dan tiada penyataan untuk menjamin jawapan aku. Tidak sama sekali PTPTN perlu dimansuhkan. Amat sukar untuk memberitahu kepada orang lain yang tidak merasa tetapi seperti aku,aku tahu PTPTN ini sememangnya aku perlukan.

Sedikit latar belakang aku: anak kedua dari enam(6) adik beradik. Ibu suri rumah, bapa bekerja kampung. Abang dan seorang adik aku menuntut di IPT(3 orang penuntut IPTA termasuk aku). Gaji bapa aku tidak menjamin nilai 4 digit.(ribuan)..Biasanya cuma ratusan. Itulah satu-satunya punca kewangan keluarga aku. Tiada jaminan.

Apabila aku dapat melanjutkan pengajian ke IPTA,UITM untuk peringkat diploma, aku jadi serba salah. Memikirkan empat orang adik yang selepas aku. Mungkin adik aku tidak dapat melanjutkan pelajaran kerana aku seorang "monopoli" rezeki keluarga? PTPTN..Pinjaman pengajian yang amat aku perlukan. Dengan pinjaman PTPTN aku berjaya menghabiskan pengajian di peringkat diploma. Kerana kerajaan dan PTPTN. Atas dasar apa aku mahu menentang kerajaan dan menyokong memansuhkan PTPTN?

PTPTN itu dulu aku gunakan untuk belanja pengajian dan keperluan lain. Sama seperti kebanyakan orang,aku juga membeli barang bukan "keperluan". Tapi sudah selesai diploma aku dan sekarang hutang aku berjumlah RM15,000 dan "faedah" sebanyak 3%..Diploma sudah ada.

Kalau PTPTN ini dimansuhkan, apa nasib adik-adik aku yang lain? Setakat SPM saja tidak mampu menjamin apa-apa. Mahupun diploma atau ijazah sememangnya tidak memberi jaminan tapi sekadar kelebihan. Kelebihan berbanding individu yang cuma SPM. Bukan menghina tapi itulah kehendak alam pekerjaan. Kalau kerja sendiri itu lain cerita.

0 comments:

Post a Comment