Blog Archive

Home » » Penyokong Bersih 3.0 [Renungan]

Penyokong Bersih 3.0 [Renungan]

Terlebih dahulu saya nyatakan jelas tujuan saya menulis post ini. Penulisan ini akibat dari fikiran dan kebuntuan saya menemui jawapan dalam isu Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0. Saya mulakan menulis apa yang saya fikir:

Sila imbas waktu kecil anda. Mungkin anda salah seorang dari "kanak-kanak" tabika kemas atau sama peringkat "kindergarten". Ibu bapa atau keluarga terdekat anda yang menghantar anda kesana. Secara umum nya,tujuan adalah untuk anda "berjinak-jinak" dengan ilmu atau alam persekolahan. Ibu bapa menghantar anda ke sekolah. Selamat datang dan selamat pulang. Tiada kes diserang komunis dalam perjalanan. Anda selamat dari komunis/pengganas/peperangan. [#1]

Tamat belajar di peringkat "kindergarten" anda pula menuju ke alam persekolahan sekolah rendah. Mungkin pada hari pertama ibu bapa lah yang menyiapkan anda untuk ke sekolah. Hari pertama persekolahan. Yuran semestinya ibu bapa anda yang tanggung. Dengan gaji/pendapatan ibu anda mungkin seorang kerani/guru/pensyarah..Mungkin juga bapa anda bekerja sebagai polis/askar/bomba/guru.. Masing-masing mencari rezeki untuk menghantar anda ke sekolah. Belajarlah anda di sekolah yang terbaik, yuran yang cukup murah dan pinjaman buku teks oleh kerajaan. Kadang-kala pemeriksaan kesihatan juga diberikan. Ibu bapa anda mungkin sibuk. Sekolah pula sediakan RMT (Rancangan Makanan Tambahan) kepada yang layak. Untuk membantu murid belajar dengan sempurna. Tidak lapar. Sekali lagi mungkin kerana ibu bapa anda sibuk untuk sediakan sarapan. Tidak semua orang mempunyai "maid" dirumah. Tidak semua orang semampu anda. Kita semua berbeza taraf hidup. [#2]

Tekad anda belajar untuk berjaya. Untuk membantu dan membalas jasa ibu bapa anda yang menjaga anda dari kecil hingga besar. Sudah hampir tamat sekolah rendah. Pada tahun enam(6) anda menduduki peperiksaan. Ibu bapa anda selalu sibuk. Tidak dapat luangkan masa dengan anda ketika itu. Malang sekali. Tapi di sekolah menyediakan kelas tambahan untuk anda. Supaya anda tidak lalai dan untuk membantu mencapai matlamat anda itu: untuk berjaya dan membalas budi ibu bapa. Percuma. Sekolah tidak mengenakan bayaran untuk kelas tambahan. Tetap berasa kekurangan kerana kawan anda cuma belajar di rumah dengan "guru" khas dibayar untuk mengajar anda di rumah dan membantu anda mengulang kaji pelajaran. Cemburu anda pada masa itu.Tidak adil tapi kerana ibu bapa dia lebih mampu/kaya dari anda. [#3]

Tak mengapa, dalam fikiran anda tetap boleh berjaya. Anda sangat yakin pada masa itu. Setelah menduduki UPSR, nasib anda kurang baik. Anda cuma mendapat 3A 2B dalam UPSR. Anda tidak jelas dengan keputusan itu. Ibu bapa pula dapat menerimanya. Mereka tahu mungkin sebab tidak memberi perhatian kepada anda sebelum UPSR. Tapi sekurangnya anda tidak gagal. Anda tidak pernah gagal. Tidak dipandang hina. Anda meneruskan ke sekolah menengah. Yuran sekolah, ibu bapa lagi yang tanggung. memang ini tanggungjawab mereka. Anda akan membalasnya. Anda sangat sayangkan mereka. Budi baik mereka itu sangat anda amati dan jelas dirasai. Sekolah menengah, anda menduduki PMR. Sekali lagi kelas tambahan percuma diberikan di sekolah. Bayaran murah+kelas tambahan. Anda mula berasa beruntung kerana masih diberi peluang. Anda sangat bersyukur. [#4]

Malang sekali lagi malang, anda tidak cemerlang dalam PMR. Anda cuma mendapat 2A dalam PMR dulu. Benar-benar tertekan anda rasa pada masa itu. Kawan anda ada bertukar sekolah ke sekolah teknik dan berpindah sekolah. Ada yang mengikut ibu bapa kerana mereka bertukar tempat kerja. Anda fikir semua orang larikan diri dari anda. Sunyi tiada sesiapa dekat dan pandang anda pada masa itu. Fikirkan mengenai sekolah,kawan-kawan dan masa depan anda. Tapi untung juga, anda dapat meneruskan ke tingkatan empat(4). Setelah itu akan menduduki SPM pula. Ini peluang anda. Terbaik untuk ibu bapa dan bukti bahawa anda boleh berjaya. Kawan-kawan, sila tengok aku!!! Anda yakin. Keputusan SPM anda tidak terlalu cemerlang. 3A cukup-cukup makan. Kawan-kawan dapat 1A tunduk dan masam muka. Menangis dengan gambaran ibu bapa dan masa depan di dalam fikiran anda pada ketika itu. Kemana arah tuju anda selepas ini? Peluang masih ada. Tingkatan enam(6) adalah salah satu jalan untuk anda melanjutkan pelajaran seterusnya berjaya. Tapi anda beruntung ditawarkan ke IPTA. [#5]

Anda mula gembira. Berita itu terus sampai ke telinga ibu bapa anda. Mereka turut gembira. Tak sia-sia meraka bekorban mencari rezeki untuk anda. Tapi ibu anda sekejap merasa gembira. Apabila seminggu selepas itu anda rasakan sehari, ibu anda terlantar di hospital akibat barah. Kebetulan anda masih cuti untuk menunggu kemasukan ke UITM (Universiti Teknologi Mara). Saat itu anda kerahkan untuk menemani ibu di hospital. Bapa anda tidak mampu membiayai kos perubatan sepenuhnya. Memikirkan tanggungjawab bapa kepada enam(6) orang anak termasuk anda. Ibu anda sangat tenat. Adik-adik anda yang lain masih di peringkat sekolah menengah dan sekolah rendah. Adik bongsu pula masih di Tabika. Kad pengenalan dan dakwat pen sangat membantu keluarga anda pada masa itu. Kos perubatan ditanggung oleh pihak hospital. Untuk menyelamatkan ibu anda. Demi anda. Dunia memainkan peranan apabila "melepaskan" ibu anda. Sedih,perit dan air mata anda mengalir perlahan. Tidak dapat menahannya dari menitis ke pipi anda. Anda seketika terpandang kepada adik-adik anda itu. Adik bongsu anda baring sahaja,tidak mengerti. Anda menanggung, demi lima orang adik, anda wakilkan diri secara terpaksa tapi redha. [#6]

Hari semakin hampir, benak di kepala tidak seperit bapa anda ketika itu. Untuk menunaikan hasrat melihat anda berjaya, bapa anda sekerasnya dikerah tenaga untuk kerja. Kerja sebagai polis biasa tidak mengizinkan bapa untuk menemani anda sekerapnya dirumah. Kalau diturutkan hati hendak saja membawa anda dan adik-adik bersama ke pejabat. Anda kuatkan disiplin. Mengambil alih tugas ibu meguruskan adik-adik di rumah. Di sekolah, anda sangat bersyukur kerana tugas anda diambil alih oleh guru-guru. Masa dan ketika tidak mengizinkan anda bekerja. Sekali anda terfikir untuk membatalkan niat meneruskan pengajian ke UITM. Anda teringatkan ibu,dalam hati memohon kemaafan kerana tidak dapat menunaikan hasrat arwah ibu "melihat" anda berjaya di IPTA dan dalam hidup dan menjalankan tanggujawab sebagai anak sulung. Bapa tegas menekankan supaya anda teruskan pengajian. Jauh sudut hati anda fikirkan duit dan kewangan. Baiknya rezeki(gaji/pencen) yang ada ini diagihkan kepada adik-adik pula. Anda sudah merasa. Seorang kawan mengkhabarkan gembira mengenai pinjaman PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional).[ #7]
 
Mulalah anda sebagai penuntu UITM. Dengan berbekalkan bantuan pinjaman PTPTN, anda "cerewet" membelanjakannya. Yuran dan kos sara hidup di IPTA itu and tanggung sendiri dengan adanya PTPTN. Bertuah anda rasa pada ketika itu. Bapa anda sekilas beralih menumpukan kepada adik-adik anda yang memerlukan pula..Adik kedua anda juga berpeluang melanjutkan pengajian ke IPTA juga. Kali ini di politeknik. Sedikit tenang anda menasihatkan bapa supaya adik anda itu memohon pinjaman PTPTN seperti anda. Permohonan pertama tidak berjaya akibat maklumat tidak lengkap. Cuma anda dan bapa saja berkerut memikirkan nasib adik anda yang berpeluang cerah untuk berjaya. Dapatkan tandatangan sekali lagi dari majikan/penghulu. Dokumen disahkan sebaik mungkin. Perit untuk memohon tapi bapa ini mengenai masa depan anak kedua nya. Setelah permohonan kali kedua pinjaman PTPTN diterima dan diluluskan, sinis senyum bapa anda melihat adik anda bijak menghargai dan sedikit meloloskan beban bapa anda itu. [#8]

Anda semakin bersungguh belajar untuk mencapai kejayaan. Hasrat ibu mesti anda tunaikan. Sedar mungkin ketika ini saja peluang yang anda ada untuk berjaya. Berhasrat juga anda sedaya upaya untuk berkerja sebagai penjawat awam. Demi menjamin masa depan adik-adik anda dan melunaskan "hutang" dan beban bapa anda, anda mesti bersungguh. Berusaha siang malam akhirnya anda bersyukur kerana cemerlang keputusan anda dengan mencapai CGPA 3.8 sekali gus anda berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pula. Anda teruskan pengajian ijazah di UITM juga. Bezanya kali ini anda mendapat biasiswa JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam). [#9]

Usaha anda tidak sia-sia apabila terbukti kerajaan Malaysia mula "berminat" dengan anda dan ditawarkan bekerja setalah tamat ijazah di UITM. Hari pertama bekerja anda duduk di kerusi di meja kerja. Potrait arwah ibu disebelah monitor anda. Terpejam seketika mata anda mengamati kisah liku perjalanan hidup anda sehingga dapat apa yang tercapai pada diri anda sekarang(sila fikirkan apa yang anda ada sekrang)..Makin jauh anda mengamati, satu ayat tertulis "Terima kasih, saya sangat bersyukur"..

Adik anda yang meminati bidang pertanian mendapat bantuan dari kerajaan untuk mengusahakan ternakan kambing susu. Dengan sumbangan,peranan dan bantuan dari kerajaan, pasaran adik anda telah menembusi pasaran global

 Setiap perenggan diatas sebenarnya adalah inti dari baris-baris dibawah yang telah saya olah menjadikan jalan penyampaian:

[#1]Kerajaan menjamin keselamatan negara. Melindungi rakyat dari ancaman dan bahaya. Polis turut banyak membantu
[#2]Kerajaan menjalankan tanggungjawab. Memberikan sepatutnya kepada rakyat. Kepentingan rakyat
[#3]Dari kesan keamanan dan keharmonian, Malaysia merupakan negara yang menyediakan berbagai peluang pekerjaan dan sumber rezeki
[#4]Kerajaan selalu membantu rakyat. Terus memainkan peranan dan tangggungjawab kepada rakyat
[#5]Kerajaan mengutamakan anda. kenapa anda?sila amati dan dalami latar belakang anda.
[#6]Kerajaan meenyanjungi rakyat. Membantu menyediakan keperluan secukupnya dan terbaik.Tetapi kerajaan juga tidak semestinya dijamin berjaya.Tiada menjamin sekadar cuba termampu(kerajaan tiada kuasa tuhan)
[#7]Bantuan tetap disediakan kepada yang berhasrat dan berpeluang. Pencen disediakan kepada yang pernah berkhidmat.
[#8]PTPTN membantu anda di peringkat IPTA pula.Demi membela anda dari ditindas. Supaya terus mencari ilmu seperti yang dituntut
[#9]Bantuan kerajaan melimpah dan berperanan. Berkesan kepada yang amat memerlukan.

Saya juga telah cuba susunkan corak penulisan dan penyampain saya. Maaf sekiranya tidak menjadi atau tidak cukup mendambakan.

This is 100% duplicate on internet. I just want to share. All credits goes to the original writer
Source: sorry, i forgot..
Date retrieved: 3.5.2012

3 comments: